TERUS BERISTIQAMAH adalah tema MUKTAMAR PAS yang lalu. Dari kekuatan dan kefahaman kepada makna " terus beristiqamah " itu setiap anggota PAS bergerak menunaikan tuntutan agama dan demokrasi. Tidak terkecuali saya sendiri yang meyakini bahawa perjuangan Islam yang dibawa PAS ini perlu disertai sepenuh kefahaman sebagai bekal untuk hari pertemuan dengan ALLAH SWT nanti. Tempoh rangka kerja " terus beristiqmah " hampir berakhir kerana pada Jun depan PAS akan mengemukakan tema baru untuk sesi 2015 - 2016. Dari jiwa dan penghayatan " terus beristiqamah " akan muncul tema baru untuk memberi kekuatan kepada jamaah yang dicintai ini. Mesyuarat Agung PAS peringkat cawangan sedang rancak di kawasan tertentu dan juga Mesyuarat Agung peringkat kawasan. Tak ketinggalan, PAS Cawangan Kolam Atas Pasir. Saya diamanah lagi sebagai Ketua Cawangan sesi 2015 - 2017.
