Rabu, 22 April 2015

TETAP TERUS ISTIQAMAH

 
TERUS BERISTIQAMAH adalah tema MUKTAMAR PAS yang lalu. Dari kekuatan dan kefahaman kepada makna " terus beristiqamah  " itu setiap anggota PAS bergerak menunaikan tuntutan agama dan demokrasi.  Tidak terkecuali saya sendiri yang meyakini bahawa perjuangan Islam yang dibawa PAS ini perlu disertai sepenuh kefahaman sebagai bekal untuk hari pertemuan dengan ALLAH SWT nanti. Tempoh rangka kerja  " terus beristiqmah " hampir berakhir kerana pada Jun depan PAS akan mengemukakan tema baru untuk sesi 2015 - 2016.  Dari jiwa dan penghayatan " terus beristiqamah " akan muncul tema baru untuk memberi kekuatan kepada jamaah yang dicintai ini.  Mesyuarat Agung PAS peringkat cawangan sedang rancak di kawasan tertentu dan juga Mesyuarat Agung peringkat kawasan.  Tak ketinggalan, PAS Cawangan Kolam Atas Pasir.  Saya diamanah lagi sebagai Ketua Cawangan sesi 2015 - 2017.

Jumaat, 10 Oktober 2014

MENGIMARAH perjuangan di Jumaat akhir Ramadhan 1435


memperkasakan perjuangan 

Demi untuk memperkasakan perjuangan, pada Jumaat akhir Ramadhan 1435 lalu,  saya "Dengan nama ALLAH  SWT" menzahirkan niat mewaqafkan sebahagian dari tanah milik saya seluas 30 x 60 kaki persegi kepada PAS  Cawangan Kolam Atas Pasir.


Amat besar pengertiannya kepada  saya kerana berjaya menginfaqkan harta saya  fi sabillLAH untuk perjuangan ISLAM kita ini.



Latarbelakang, asal tanah ini adalah milik Tok Ki saya Haji Othman bin Haji Abu Bakar.  Dari Haji Othman, tanah ini bertukar milik  kepada anaknya Allahyarham  Tok saya, Haji Awang bin Haji Othman. Seterusnya tanah ini bertukar milik kepada Allahyarhamah ibu saya.  Kini, tanah seluas tiga ekar ini menjadi milik saya.  


Dapat secara percuma, sebagai hadiah dari ibu maka saya akhirnya membuat keputusan, dengan penuh rasa syukur menginfaq "sedikit" untuk PAS Cawangan Kolam Atas Pasir yang kebetulan hari ini saya menjadi ketuanya. Perancangan saya, secara peribadi "biarah sebahagian dari tanah waqaf ini dijadikan pusat kegiatan keagamaan dan pentadbiran PAS Cawangan Kolam Atas Pasir" . 



Moga-moga usaha ini mendapat keredhaan ALLAH SWT. 
Aaameeen.

Sehubungan dengan ini, kepada sesiapa dikalangan hamba ALLAH SWT, yang ingin berjasa kepada agama amatlah bertepatan masanya.  

Sehingga kini 'DANA ASAS'  untuk pembinaan sebuah bangunan seluas 20 x 20 kaki persegi terlalu amat dhaif. .  



Diharap dapat perhatian dari ALLAH SWT.  Aaameeen

Sekiranya anda  ingin buat sumbangan bolehlah  hubungi saya . ... kita bincang .... insyaALLAH

Moga-moga usaha ini mendapat keredhaan ALLAH SWT.

FIKRI BIN AWANG
013 99 764 99

MENGIMARAHKAN PERJUANGAN RABBANI ..... ...

Assalamu 'alaikum warahmatulLAHi wabarakatuh


m u q a d d i m a h  

ABU RABBANI  adalah saudara anda seaqidah dan seperjuangan, FIKRI BIN AWANG ... yang ada orang   mengenali sebagai Ustaz Fikri. Dalam akaun Face Book [  FB ] saya memperkenalkan diri sebagai Ustaz Fikri Kelantani. Kelantan,  negeri tumpah darah saya pada April 1962, 52 tahun  lalu. Masih muda berbanding dengan yang mereka yang lahir dahulu dari tahun 62.  

Dalam PAS saya hanyalah sekadar pembantu kepada pemimpin saya. Hanya berperanan sedikit di peringkat cawangan. Tujuan berblog di www.markazperjuangan.blogspot.com ini adalah kerana ingin   "MENGIMRAHKAN PERJUANGAN RABBANI" .... Kerana ingin beradab sebagai  adab  Melayu  maka saya katakan.... "maaflah kepada anda yang tidak seperjuangan ... ya, ... yang tidak termasuk dalam "kita".  Tak kisahlah kerana "kita" , sesama Malaysia telah memahami  akan suasana dan keadaan ini.  

Lalu, "kita" juga  "sekita" kerana  "kita" sama-sama warga   Malaysia. "Kita" setanah air, sebumi tercinta Tanah Melayu Malaysia.  Blog ini adalah blog perjuangan. Khususnya untuk mengimarahkan PAS Cawangan Kolam Atas Pasir yang didalam struktur atau susunan kepimpinannya dan pentadbirannya dibawah PAS Kawasan Bachok berketuakan Yang Di Pertua PAS Kawasan Bachok,  Datuk Haji Omar Muhammad, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Perupuk dan mantan Exco Kerajaan Negeri Kelantan.  
' Cikgu'  Zziz '
Yang Berhormat PAS Dewan Undangan Jelawat


PAS Cawangan Kolam Atas Pasir juga dalam pentadbirannya terletak dibawah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri Jelawat [ MTD Jelawat ] .  Ahli Dewan Undangan Negeri Jelawat ialah Yang Berhormat Haji Abdul Aziz bin Abdul Kadir. 

PAS Cawangan Kolam Atas Pasir mengucapkan selamat berkenalan,   berjuang kepada sesiapa saja .... "kita" ... .. kepada anda sekelian ... Juga kepada ahli "kita" dan yang tidak dikalangan "kita". 

Jadual kembali dari tanah suci telah tiba, maka selamat "haji dan hajjah ... semuga memperolehi haji dan hajjah yang mabrur" aaaa..meen

Terima kasih kerana sudi melayari blog perjuangan ini.


Sekian ... dari saya : ABU RABBANI 

HP: 013 99 764 99


FIKRI  BIN AWANG
KETUA PAS CAWANGAN KOLAM ATAS PASIR
                                                  JELAWAT, BACHOK, KELANTAN