Jumaat, 10 Oktober 2014

MENGIMARAHKAN PERJUANGAN RABBANI ..... ...

Assalamu 'alaikum warahmatulLAHi wabarakatuh


m u q a d d i m a h  

ABU RABBANI  adalah saudara anda seaqidah dan seperjuangan, FIKRI BIN AWANG ... yang ada orang   mengenali sebagai Ustaz Fikri. Dalam akaun Face Book [  FB ] saya memperkenalkan diri sebagai Ustaz Fikri Kelantani. Kelantan,  negeri tumpah darah saya pada April 1962, 52 tahun  lalu. Masih muda berbanding dengan yang mereka yang lahir dahulu dari tahun 62.  

Dalam PAS saya hanyalah sekadar pembantu kepada pemimpin saya. Hanya berperanan sedikit di peringkat cawangan. Tujuan berblog di www.markazperjuangan.blogspot.com ini adalah kerana ingin   "MENGIMRAHKAN PERJUANGAN RABBANI" .... Kerana ingin beradab sebagai  adab  Melayu  maka saya katakan.... "maaflah kepada anda yang tidak seperjuangan ... ya, ... yang tidak termasuk dalam "kita".  Tak kisahlah kerana "kita" , sesama Malaysia telah memahami  akan suasana dan keadaan ini.  

Lalu, "kita" juga  "sekita" kerana  "kita" sama-sama warga   Malaysia. "Kita" setanah air, sebumi tercinta Tanah Melayu Malaysia.  Blog ini adalah blog perjuangan. Khususnya untuk mengimarahkan PAS Cawangan Kolam Atas Pasir yang didalam struktur atau susunan kepimpinannya dan pentadbirannya dibawah PAS Kawasan Bachok berketuakan Yang Di Pertua PAS Kawasan Bachok,  Datuk Haji Omar Muhammad, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Perupuk dan mantan Exco Kerajaan Negeri Kelantan.  
' Cikgu'  Zziz '
Yang Berhormat PAS Dewan Undangan Jelawat


PAS Cawangan Kolam Atas Pasir juga dalam pentadbirannya terletak dibawah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri Jelawat [ MTD Jelawat ] .  Ahli Dewan Undangan Negeri Jelawat ialah Yang Berhormat Haji Abdul Aziz bin Abdul Kadir. 

PAS Cawangan Kolam Atas Pasir mengucapkan selamat berkenalan,   berjuang kepada sesiapa saja .... "kita" ... .. kepada anda sekelian ... Juga kepada ahli "kita" dan yang tidak dikalangan "kita". 

Jadual kembali dari tanah suci telah tiba, maka selamat "haji dan hajjah ... semuga memperolehi haji dan hajjah yang mabrur" aaaa..meen

Terima kasih kerana sudi melayari blog perjuangan ini.


Sekian ... dari saya : ABU RABBANI 

HP: 013 99 764 99


FIKRI  BIN AWANG
KETUA PAS CAWANGAN KOLAM ATAS PASIR
                                                  JELAWAT, BACHOK, KELANTAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan