memperkasakan perjuangan
Demi untuk memperkasakan perjuangan, pada Jumaat akhir Ramadhan 1435 lalu, saya "Dengan nama ALLAH SWT" menzahirkan niat mewaqafkan sebahagian dari tanah milik saya seluas 30 x 60 kaki persegi kepada PAS Cawangan Kolam Atas Pasir.
Amat besar pengertiannya kepada saya kerana berjaya menginfaqkan harta saya fi sabillLAH untuk perjuangan ISLAM kita ini.
Latarbelakang, asal tanah ini adalah milik Tok Ki saya Haji Othman bin Haji Abu Bakar. Dari Haji Othman, tanah ini bertukar milik kepada anaknya Allahyarham Tok saya, Haji Awang bin Haji Othman. Seterusnya tanah ini bertukar milik kepada Allahyarhamah ibu saya. Kini, tanah seluas tiga ekar ini menjadi milik saya.
Dapat secara percuma, sebagai hadiah dari ibu maka saya akhirnya membuat keputusan, dengan penuh rasa syukur menginfaq "sedikit" untuk PAS Cawangan Kolam Atas Pasir yang kebetulan hari ini saya menjadi ketuanya. Perancangan saya, secara peribadi "biarah sebahagian dari tanah waqaf ini dijadikan pusat kegiatan keagamaan dan pentadbiran PAS Cawangan Kolam Atas Pasir" .
Moga-moga usaha ini mendapat keredhaan ALLAH SWT.
Aaameeen.
Sehubungan dengan ini, kepada sesiapa dikalangan hamba ALLAH SWT, yang ingin berjasa kepada agama amatlah bertepatan masanya.
Sehingga kini 'DANA ASAS' untuk pembinaan sebuah bangunan seluas 20 x 20 kaki persegi terlalu amat dhaif. .
Diharap dapat perhatian dari ALLAH SWT. Aaameeen



